Friday, August 14, 2015

SIHIR

Masa pantas beredar.  Negara makin maju manusia semakin moden.  mesti kita tidak sangka masih ada segelintir manusia yang percaya kepada sihir.  Ya sihir. 

Sihir ada pelbagai sihir yang diamalkan oleh tukang sihir..  kesemua sihir mendapatangkan kemudaratan dan syirik kepada Allah swt.  

Saya, tidak percaya kepada perkara sihir ni,  tetapi alangkah terkejut apabila mendapat tahu diri dan rumahtangga dibelenggu sihir.

Sihir pemisah

Saya telah berkahwin selama 6 tahun.  rumah tangga ada pasang surut.  seminggu sebelum dapat tahu saya dan suami bergaduh besar.  Allah masih sayangkan hubungan kami.  alhamdulillah allah membuka jalan melalui anak.  Ada yang membant.  Selepas berubat rumahtangga semakin tenang tidak seperti sebelum ini.  cuma bila diganggu kami menjadi pemarah.  Dan seolah tidak menyukai satu sama lain.

Tanda yang saya rasa

- apabila saya balik rumah saya mengantuk dan malas sangat.  Waktu tidur saya selepas isya.
-saya suka apabila suami tiada dan menjadi rajin bila dia tiada.
-badan menjadi letih, saya ada mengmbil supplement bagi cergaskan tubuh badan tapi tiada kesan.
-badan selalu timbul lebam yang tidak diketahui.
-terasa diperhati.
-suami saya rasa panas dan tidak suka balik rumah.
- ada je yang tak kene pada saya pada pandangan dia.
- marah tanpa sebab.

Ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir dan juga sebagai pendinding daripada sihir. Ayat-ayat tersebut ialah:

1. Surah Yunus ayat 81 - 82.
2. Surah al-A'raf ayat 118 - 122.
3. Surah ThoHa ayat 69.
4. Surah an-Nisa' ayat 84.
5. Surah Yusuf ayat 64.




 وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا (an-Nisa'84).


فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (Yusuf 64).

Kaedah Amalan.


1. Baca ayat-ayat di atas setiap lepas solat subuh dan isya' (diwiridkan 1x setiap ayat).


2. Untuk mengubat jika terkena sihir/guna-guna/buatan orang dsb.

    1)  Fatihah 1x    

    2)  Selawat 1x

    3)  Ayat-ayat pembatal sihir 1x

    4) Doa "Ya Allah, ku pohon pada Mu agar Engkau batalkan sihir ini dengan kekuatan Mu wahai Tuhan Yang Maha Perkasa."

Insyaallah, Allah sentiasa membantu hambanya.



No comments:

Post a Comment