Tuesday, August 18, 2015

CARA PAKAI SELENDANG

Bagi pengguna baru shawl, usaha cari di Google bagaimana nak pakai shawl.  saya tempekkan di sini mana tahu yang lain berkenan nak cuba..


by @pudore "Assalamualaikum, Mcm mana hari hari terakhir puasa bulan Ramadhan thn ni? Seronok? ️ Okay, hari ni sebelum semua tidur, @pudore Tu Tutorial Naila Shawl 1. Bahagikan Naila kpd dua bahagian sebelah panjang dan pendek. Bawa bahagian pendek ke sebelah bahagian panjang. 2. Kelepet/lipatkan sedikit bahagian panjang di sisi muka, bawa ke belakang dan pinkan. 3. Baki bahagian panjang bawa ke atas kepala. 4. Kemudian pinkan bahagian panjang tersebut di atas bahu. 5. Bawa semula bahagian pendek ke hadapan. (bhg pendek yg dimaksudkan - rujuk gambar ke 2) 6. Gunakan brooch besar untuk nampak lebih cantik! Dah siap!  P/S: Utk gaya ni kena ada inner neck okay? Selamat mencuba!


NAILA SHAWL TUTORIAL PART 2





















Tutorial Naila Shawl 1. Bahagikan Naila kpd sebelah panjang dan pendek. Pinkan di belakang leher. 2. Bawa bahagian panjang lilit ke atas kepala. Pastikan ada ruang di tengah2. 3. Pinkan di sisi muka kanan dan kiri supaya lebih selesa dan kemas. 4. Ambil baki ruang di tengah2, bawa ke atas sisi kepala dan pinkan. Nak cantik sikit pakai brooch besar!





Sunday, August 16, 2015

KAWAN...SAHABAT..JIRAN..













Kawan, sahabat dan jiran..ungkapan sahaja lain tetapi sama sahaja fungsinya.  mereka ini orang terdekat dengan kita. Di sekolah, dipejabat dipanggil kawan.  Di rumah dipanggil jiran.  Apabila berkait dengan manusia, manusia ni ada pelbagai perangai dan sifat yang berlainan.  

Sedari alam persekolahan kita akan berjumpa dengan ramai kawan yang pelbagai.  Seawal sekolah rendah kita sudah mempunyai perasaan iri, suka, ingin diberi perhatian dan sebagainya.  Tetapi pada usia itu apalah kita tahu, kite hanya inginkan perhatian..  Lumrah kanak-kanak. Setelah itu kita masuk kealam pembelajaran tinggi..  mulai itu kita sudah mula ingin bersaing.  mungkin masa ini perasaan yang kita ada hanya iri dengan kejayaan rakan dan ingin bersaing dan dapat capai seperti rakan.

 Apabila kite meningkat dewasa, kita memasuki alam pekerjaan, hati kita sudah berubah..  tidak percaya?  sama seperti saya dahulu.  abah saya pesan bila kerja hati-hati.  Kita tidak tahu hati orang macam mana.  Tapi saya anggap semua orang seperti saya.. Malangnya tidak.. Ada saja orang yang tidak berpuas hati kepada kita.  Andai kita ini jenis buat kerja dan hanya diam tidak ambil kisah orang kata kita ni nak tunjuk baik.  Ada kawan tikam kawan dari belakang.  Depan baik belakang kata.  Bila kawan dapat penghargaan tarik muka.  Entahla manusia.  

Jiran pula, orang yang dekat di kawasan tempat tinggal.  Mereka ni sama juga seperti kawan, jika baik kawan la jika tidak lawan.  Jiran juga ada bawanyak ragam.  ada yang tidak hormati hak jiran, ada yang buat salah tapi mencerita kepada orang mereka betul orang lain salah, ada yang membawa cerita walaupun tadak betul, ada yang melaga-lagakan jiran, ada yang pentingkan diri..tetapi ada juga jiran yang baik, prihatin dan sentiasa bertegur sapa.  

Kite sebagai manusia, kita boleh pilih kita hendak jadi kawan, sahabat dan jiran yang bagaimana.  tepuk dada tanya hati.





Friday, August 14, 2015

SIHIR

Masa pantas beredar.  Negara makin maju manusia semakin moden.  mesti kita tidak sangka masih ada segelintir manusia yang percaya kepada sihir.  Ya sihir. 

Sihir ada pelbagai sihir yang diamalkan oleh tukang sihir..  kesemua sihir mendapatangkan kemudaratan dan syirik kepada Allah swt.  

Saya, tidak percaya kepada perkara sihir ni,  tetapi alangkah terkejut apabila mendapat tahu diri dan rumahtangga dibelenggu sihir.

Sihir pemisah

Saya telah berkahwin selama 6 tahun.  rumah tangga ada pasang surut.  seminggu sebelum dapat tahu saya dan suami bergaduh besar.  Allah masih sayangkan hubungan kami.  alhamdulillah allah membuka jalan melalui anak.  Ada yang membant.  Selepas berubat rumahtangga semakin tenang tidak seperti sebelum ini.  cuma bila diganggu kami menjadi pemarah.  Dan seolah tidak menyukai satu sama lain.

Tanda yang saya rasa

- apabila saya balik rumah saya mengantuk dan malas sangat.  Waktu tidur saya selepas isya.
-saya suka apabila suami tiada dan menjadi rajin bila dia tiada.
-badan menjadi letih, saya ada mengmbil supplement bagi cergaskan tubuh badan tapi tiada kesan.
-badan selalu timbul lebam yang tidak diketahui.
-terasa diperhati.
-suami saya rasa panas dan tidak suka balik rumah.
- ada je yang tak kene pada saya pada pandangan dia.
- marah tanpa sebab.

Ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir dan juga sebagai pendinding daripada sihir. Ayat-ayat tersebut ialah:

1. Surah Yunus ayat 81 - 82.
2. Surah al-A'raf ayat 118 - 122.
3. Surah ThoHa ayat 69.
4. Surah an-Nisa' ayat 84.
5. Surah Yusuf ayat 64.




 وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا (an-Nisa'84).


فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (Yusuf 64).

Kaedah Amalan.


1. Baca ayat-ayat di atas setiap lepas solat subuh dan isya' (diwiridkan 1x setiap ayat).


2. Untuk mengubat jika terkena sihir/guna-guna/buatan orang dsb.

    1)  Fatihah 1x    

    2)  Selawat 1x

    3)  Ayat-ayat pembatal sihir 1x

    4) Doa "Ya Allah, ku pohon pada Mu agar Engkau batalkan sihir ini dengan kekuatan Mu wahai Tuhan Yang Maha Perkasa."

Insyaallah, Allah sentiasa membantu hambanya.