Sunday, August 16, 2015

KAWAN...SAHABAT..JIRAN..













Kawan, sahabat dan jiran..ungkapan sahaja lain tetapi sama sahaja fungsinya.  mereka ini orang terdekat dengan kita. Di sekolah, dipejabat dipanggil kawan.  Di rumah dipanggil jiran.  Apabila berkait dengan manusia, manusia ni ada pelbagai perangai dan sifat yang berlainan.  

Sedari alam persekolahan kita akan berjumpa dengan ramai kawan yang pelbagai.  Seawal sekolah rendah kita sudah mempunyai perasaan iri, suka, ingin diberi perhatian dan sebagainya.  Tetapi pada usia itu apalah kita tahu, kite hanya inginkan perhatian..  Lumrah kanak-kanak. Setelah itu kita masuk kealam pembelajaran tinggi..  mulai itu kita sudah mula ingin bersaing.  mungkin masa ini perasaan yang kita ada hanya iri dengan kejayaan rakan dan ingin bersaing dan dapat capai seperti rakan.

 Apabila kite meningkat dewasa, kita memasuki alam pekerjaan, hati kita sudah berubah..  tidak percaya?  sama seperti saya dahulu.  abah saya pesan bila kerja hati-hati.  Kita tidak tahu hati orang macam mana.  Tapi saya anggap semua orang seperti saya.. Malangnya tidak.. Ada saja orang yang tidak berpuas hati kepada kita.  Andai kita ini jenis buat kerja dan hanya diam tidak ambil kisah orang kata kita ni nak tunjuk baik.  Ada kawan tikam kawan dari belakang.  Depan baik belakang kata.  Bila kawan dapat penghargaan tarik muka.  Entahla manusia.  

Jiran pula, orang yang dekat di kawasan tempat tinggal.  Mereka ni sama juga seperti kawan, jika baik kawan la jika tidak lawan.  Jiran juga ada bawanyak ragam.  ada yang tidak hormati hak jiran, ada yang buat salah tapi mencerita kepada orang mereka betul orang lain salah, ada yang membawa cerita walaupun tadak betul, ada yang melaga-lagakan jiran, ada yang pentingkan diri..tetapi ada juga jiran yang baik, prihatin dan sentiasa bertegur sapa.  

Kite sebagai manusia, kita boleh pilih kita hendak jadi kawan, sahabat dan jiran yang bagaimana.  tepuk dada tanya hati.





No comments:

Post a Comment